Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, kami selamat pergi dan selamat balik menunaikan umrah di hujung November lepas. Masa tu baru sahaja nk masuk musim sejuk dan cuti sekolah. Yang pasti, ramai orang akan ke sana terutama cekgu cekgi. Hee..
Hanya Allah sahaja yang tahu, betapa excitednya sbb first time pergi ke tanah haram. Excited pn ya, takut pun ya. Takut sbb teringat dosa2 yang lepas. “Ya Allah, ampunkanlah kami, terimalah segala amalan baik kami, permudahkan urusan pergi dan balik kami, kurniakan kami umrah yang maqbul” amiinn.
Ok, habis dah introduction, sebelum nk kongsi tips2 yang saya rasa mungkin berguna terutama bagi first timer yang plan nak pergi ke sana nanti, inshaAllah..Suka saya igtkan di sini, betulkan tujuan asal kita hendak pergi ke sana, bukan nk glamer, bukan nk amik gambar semata, bukan nk show-off dengan kawan2, bukan nk pergi melancong.
So, sebelum nak pegi sana, buat research, google apa yang patut, mcmana nk solat dlm kapal terbang, cari tentang sirah dua kota keagungan umat islam, youtube tentang cara-cara membuat umrah dan juga pantang larang semasa ihram. Kan seronok bila kita tahu cerita disebalik tempat yang kita bakal lawati, sbg contoh, sejarah masjid nabawi, sejarah telaga zam-zam, kisah disebalik kewajipan tawaf, sa’ie, sejarah maqam Ibrahim dsb.
Make sure kita get ready rohani dan jasmani. Rajin2 jogging atau exercise sbb nk buat tawaf dan sa’ie tu perlukan kekuatan fizikal. Di doakan semoga tips2 yang diberikan memberi manfaat untuk kita semua. InshaAllah. Tips juga ada dikongsikan di caption gambar.
xxxxx 35 Tips Yang Ingin Dikongsikan Bersama xxxxx
Tips 1. Xperlu bawak IC, lesen dan segala bagai kad2 (except yang plan nk cucuk duit dekat sana). Sbb kat sana yang penting passport dan duit shj. Passport tu pn mutawiff pegang all the time.
Tips 2. Jangan lupa bawak botol spray utk wuduk tu. Penting, nk amik wuduk dlm kapal terbang nnti senang.
Tips 3. Bwkla apa2 buku yang korang rasa boleh hilangkan bosan sepanjang 8 jam flight. Kalau nasib baik ada monitor disetiap kerusi, kalau xde, xdpt dibayangkan tahap kebosanan korang.
Tips 4. Untuk menjimatkan ruang, xperlu bwk kasut kerana hampir setiap masa kita hanya berada di masjid. Nasihat diperolehi drpd pak aji yang sebelum ini telah pergi ke sana. Ternyata sgt tepat keputusan saya utk tidak membawa kasut, hanya bawak selipa yang sesuai.
Tips 5. Kain ihram yang besa gedabak tu pun saya bawak 1 set plus 1 helai kain bahagian bawah. Jgn terkejut kain 3 helai tu shj dah hampir penuh satu beg luggage besar. Haha..
Tips 6. Kebetulan saya pergi awal musim sejuk, keadaan di sana lebih kurang Malaysia shj. So baju sejuk mmg tidak diperlukan langsung. Di dalam kapal terbang telah disediakan blanket. Byk ruang beg dapat dijimatkan.
Tips 7. Utk jemaah yang menggunakan pakej agen, tanya sama ada tuala mandi disediakan di hotel atau tidak, so bolehlah jimatkan ruang utk tuala yang gebu tu. Di sana saya mmg tidak guna tuala even yang kecik pn.
Tips 8. Jgn bawa pakaian luaran terlalu banyak (sluar tiga helai sudah memadai), kurta/baju melayu dlm 5 hingga 6 helai dan t-shirt pakai pn utuk tidur shj. Di sana kita xbyk peluh sgt pn. Wangi je (sbb bau minyak atar. hee) yang penting yang dlm2 (singlet & sluar kecik) tu kene ada spare yang byk untuk yang xrajin nk bsuh.
Tips 9. Saya bawa digital camera, sbb suka gamba yang lebih sharp, untuk di Madinah, tiada masalah, tetapi di Mekah, selain isu jemaah yang ramai masa nk tawaf, disana juga ada sign yang tidak boleh ambil gambar. So pandai2 la ye.
Tips 10. Kalau jemaah pergi secara berkumpulan, better sorang ada bwk ‘digital luggage scale’ (penimbang beg digital). Dekat lazada RM13 ringgit je. Bukan apa, senang nk timbang beg masa nk balik nnti. Kene igt, charge untuk beg yang melebihi muatan amatlah mahal.
Tips 11. Untuk jemaah seperti saya, pakej yang ditawarkan siap dgn makan dan minum, so untk duit poket tu, mmg tidak byk digunakan selain untuk membeli souvenir. Di sana juga kita mudah jumpa kedai untk waqaf alquran & kerusi lipat, so boleh lah berbuat demikian. Tetapi yang menyarankan juga untuk bawa duit riyal lebih2 sikit, in case ada emergency, beg hilang ke? Luggage ghaib di airport ke, sakit yang teruk di sana ke, so kalau ade cash, senang sikit.
Tips 12. Tukar duit di Malaysia, tidak digalakkan tukar di sana, bukan apa, khabarnya ‘money changer’ di airport/Mekah Madinah mahal sedikit berbanding di Malaysia. Dan jika bernasib baik, juga boleh tukar wang dengan mutawif.
Tips 13. Xperlu bwk Al-Quran dari Malaysia, kat sana byk..hee (melainkan korang rajin nk baca di dlm flight).
Tips 14. Data amatlah mahal, so mana2 notification atau apps yang byk guna data, bolehlah off untuk sementara waktu.
Tips 15. Peralatan kelengkapan harian agak mahal di sana, so beli di Malaysia. Ubat juga..Berus gigi jenis murah kalau di Malaysia boleh dpt RM1.50, di sana 5riyal..hee..
Tips 16. Dobi sgtlah mahal. Harga biasa 1kg, 17riyal, ada juga satu jubah 15riyal, so better basuh sendiri baju. Untuk case saya, saya bwk detergent di dalm botol n letak dlm luggage. Bwk hanger byk sikit.
Tips 17. Jaga adab. Jgn complain itu ini, makanan xsedat, penat berjalan, jauh..bykkan bersabar..
Tips 18. Setiap kali ambil wuduk, panjatkan doa agar Allah memelihara wuduk sehingga selesai ibadah-ibadah yang ingin dilaksanakan.
Tips 19. Semasa di Madinah, walaupun hari pertama, cuba untuk ambil peluang masuk ke dalam raudhah. Jangan fikir esok2 bru nk buat. Kene gigih sikit. Saya berkesempatan masuk ketika jam lebih kurang 10 ke 11 pagi. Hari pertama. Kebanyakan masa saya lalu pintu masuk selalu tertutup.
Tips 20. Bagi perokok, rokok di sana mahal, nasib baik bolehla jumpa 25-30 riyal untuk 20 batang. Bwk dari Malaysia siap2..kalau nk lagi baik berhenti je..hee..
Tips 21. Mengikut pengalaman saya, kalau plan nk beli souvenir mcm fridge magnet, kopiah, tasbih, better beli di Mekah kerana di sana lagi byk pilihan n murah2. Untuk beli jubah n sejadah, saya prefer beli di Madinah. Lagi byk pilihan.
Tips 22. Beli kurma pn beli di Madinah. Kurma ajwa lebih murah.
Tips 23. Selipar dinasihatkan letak dlm beg sendang, terutama di Masjidil haram. Bak kata mutawwif, kalau nk bwk boleh, nk letak di rak pn boleh, tapi kalau hilang, sabaaarr..
Tips 24. Sebelum masuk masjid, basuh selipa sebelum masukkn didlm beg sendang , bimbang terbawa najis diselipa tersebut.
Tips 25. Untuk solat di Masjidil Haram, datang awal minimum sejam untuk setiap waktu, kalau x, kemungkinan besar xdpt masuk masjid.
Tips 26. Ambil peluang solat di dataran kaabah., tips kami, kalau datang awal, terus masuk ke dataran, kalau lambat,. Laluan ke dataran akan ditutup, polis akan bising-bising kat kita, tp kita buat dek je. Tunggu sehingga 2 3 minit sebelum solat (bila iqamat) laluan akan dibuka, masa tu serbu..hee..
Tips 27. Jaga adab semasa di Masjidil haram, jgn tolak menolak, jgn langgar org sesuka hati, jgn lalu depan orang yang tengah solat.
Tips 28. Menurut ustaz semasa kursus umrah, waktu Jemaah paling sedekit adalah ketika jam 8, 9 pagi, So masa tu boleh rebut peluang kalau nk solat di hijir ismail, tengok maqam Ibrahim, n kalau ada peluang, cium hajar aswad.
Tips 29. Ambil peluang buat umrah sendiri-sendiri, untuk first time, boleh ikut mutawwif, dan umrah seterusnya cuba utk buat sendiri. Lebih relax dan santai..
Tips 30. Ambil peluang round2 sekitar masjidil haram, n setiap tingkat. Ambil peluang solat di roof..Sbb kisah kami, esok nk balik, bru tau yang ada tandas di area belakang area sa’i. Selama ini igt hanya ada di luar masjid.
Tips 31. Install software yang berkenaan semasa di Malaysia untuk mendengar khutbah di dlm Bahasa Melayu di kedua2 masjid. If not, bwa radio yang ada tuner and earphone. Kalau xde juga, terpaksalah dgr imam baca khutbah baca arab..hee..(saya dpt tahu, n pernah lihat, pengguna andriod sahaja yang ada apps FM radio tuner ni,.boleh la tanya2 or google berkenaan perkara ini di internet..waalahua’lam.
Tips 32. Di sana, jika ada rezeki, anda akan jumpa foreigner yang pura2 hilang duit, passport, n minta kita tolong, kalau nk tolong teruskan, jika tidak, just reply them utk pergi kepada embassy diorang..
Tips 33. Setiap kali lepas solat fardu, ada solat jenazah, menurut mutawif kami ada hadis yang menyatakan pahala org solat jenazah sebesar gunung uhud. waalahua’lam.
Tips 34. Sblm blk ke Malaysia, masa tawaf wada’ jgn lupa doa supaya Allah terima segala amalan baik kita, terima umrah kota, dan jemput kita sekali lagi ke sana.
Tips 35. Kat sana nnti, whatsapp voice/video call xboleh. Hanya iphone kepada iphone menggunakan app facetime je yang boleh. Untuk iphone ke andriod phone xkn dpt call. So tips di sini adalah download app 'IMO' kemudian masukkan details, masa mintak nombo phone untuk verification, sila guna nombo telefon sana. Selamat beramal..
Diharap TIPS ni berguna bagi sesiapa yg berniat nak menunaikan umrah pada masa akan datang!!! Sekian
Sebagai panduan. Di sana nnti kita akan semangat untuk buat solat sunat, make sure kita tahu masa2 yang diharam solat sunat. larangan ini tidak termasuk di Masjidil Haram. Sila rujuk kepada mutawwif. Google picture.
Ada cerita lucu yang boleh dijadikan pengajaran disebalik gambar ini. Kisah seorang anak yang sanggup meninggalkan ibu yang kehilangan wheel chair, n jln bertongkat berjam2 semata2 nk cium hajar aswad. mak dia nangis2 igtkan anak dia hilang. Semuanya selesai setelah si anak balik. nasib baik mak dia xde urgency nk ke toilet,.huh..
Air Mango ni serius sedap. Harga 5riyal.
Bukit nun belakang tu dikatakan tempat Rasulallah SAW melarikan diri ketika dikejar musuh. Bayangkan ketinggian bukit tersebut. Subhanallah
Ice-cream ni sedikit manis, tp korang kene try at least skali, sbb murah n xde dekat malaysia. 4 hingga 5 riyal kalau xsilap
Kedudukan telaga zamzam satu ketika dahulu, sekarang xde lagi dah
Kenderaan untuk tawaf bagi mereka yang kurang berkemampuaan dr segi fizikal. Harga xsilap 100 hingga 200 riyal. Boleh guna untuk tawaf dan juga sa'ie.
Laluan Hijrah. Menurut Mutawwif kami, inilah laluan yang digunakan oleh Rasulallah SAW ketika berhijrah ke Madinah.
Tiang yang terdpt di Jabal Rahmah. Diorang pelik sikit, cium tiang tu, ada yang tulis nama, padahal sebesar2 alam ada peringatan larangan dekat atas tu..siap ada mcm2 bahasa lagi peringatan tu. Rasulallah SAW melarang sekeras-kerasnya perbuatan sebegini.
Masjid Ja'ranah untuk Miqat umrah ke dua
Perjalanan dari Kuala Lumpur Ke Madinah mengambil masa 8.5 jam. Nasib baik ada monitor disetiap tempat duduk. Kalau x, mesti boring. Majalah dahla xbawak.
Pandangan hajarul aswad, walopn dekat, tp xboleh pergi ke sana
Gambar rombongan kami dihadapan Jabal Rahmah. Di bukit ini tempat Nabi Adam as berjumpa dengan isterinya Hawa utk kali pertama.
Cameraman mmg sedih sikit, jarang ada gamba dilokasi..hmm..
Semoga mendapat umrah yang maqbul. Amiinn..

No comments:
Post a Comment